Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MSN disaran ambil alih tiga atlet OKU Perlis


Tarikh kemaskini: 16/05/2019




KANGAR, 16 Mei (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN) disaran mengambil alih latihan tiga atlet Perlis yang merangkul pingat pada kejohanan Grand Prix Atlet Para 2019 - Kejohanan Atlet Terbuka China ke-7 di Beijing pada 6 hingga 13 Mei lepas. 

Jurulatih olahraga atlet orang kurang upaya (OKU) Perlis, Affizam Amdan berkata MSN harus memberi peluang kepada semua atlet tersebut supaya bakat mereka terus dapat diasah seperti atlet OKU kebangsaan, Mohamad Ridzuan Puzi yang ditanggung sepenuhnya oleh MSN.

“Kejayaan atlet Perlis ini adalah hasil bantuan orang ramai termasuk Baitulmal yang memberi sumbangan kewangan yang membolehkan mereka menyertai kejohanan di Beijing,” kata Affizam kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya kejohanan itu menjadi akreditasi dan klasifikasi yang mengesahkan jenis kecacatan atlet OKU yang melayakkan mereka menyertai acara mengikut jenis kecacatan pada kejohanan-kejohanan lain termasuk Sukan Para Asia di Manila, Filipina 2020.

Mahfuz Mahzan yang bertanding dalam acara trek kategori T36 pada kejohanan itu merangkul dua emas bagi acara 800 meter dan 1,500 meter serta satu perak dalam acara 400 meter manakala Mohd Erwan Mohd Hasnoor merangkul emas untuk kategori T37 - lompat jauh.

Muhammad Alif Malek (pemegang pingat gangsa Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017) yang menyertai acara trek kategori T37 merangkul dua pingat gangsa dalam acara 100 meter dan 200 meter.

Seorang lagi atlet Perlis Mira Nirwani Mohamad yang menyertai acara padang kategori T38 (lempar cakera, lontar peluru dan merejam lembing) menduduki tempat keempat.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel