Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis keluar 66 saman dalam Op Motosikal di Sik


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





ALOR SETAR,15 Mei (Bernama) -- Polis mengeluarkan 66 saman terhadap 25 penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Motosikal di Jalan Kampung Pasir Puteh, dekat Sik semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdul Razak Osman berkata, operasi yang bermula pada 5.30 petang hingga 9 malam itu adalah berdasarkan aduan orang awam mengenai kegiatan kumpulan remaja bermotosikal berusia 15 hingga 21 tahun yang sering berhimpun di jalan berkenaan.

Katanya, antara kesalahan dilakukan ialah tidak mempunyai lesen memandu, tiada insurans  perlindungan, tiada cermin sisi, tidak memakai topi keledar, kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan menunggang motosikal di bawah umur 16 tahun.

"Saya menasihatkan ibu bapa agar tidak membenarkan anak-anak mereka yang di bawah umur menunggang motosikal kerana apa saja boleh berlaku pada bulan Ramadan ini," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel