Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong terima sembah menghadap yang Dipertua Negeri Melaka


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





 

 

MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima sembah menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, isteri Dalilah Awaludin dan barisan exco kerajaan negeri Melaka.

Ketibaan Seri Paduka berdua di Hotel Ramada, Jalan Bendahara di sini pada kira-kira pukul 3.40 petang disambut Mohd Khalil.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Mainunah kemudian berkenan beramah-mesra bersama mereka yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Pasar Malam Peringgit di sini sebelum berangkat ke Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin perkenan pengerusi jawatankuasa masjid, surau digantung tugas

 
     

Setahun Berbasikal: Tiga anak Malaysia tiba di tanah air

 
     

Penduduk luar bandar mahu keupayaan komunikasi ditingkatkan

 
     

Kapal Jepun JMSDF berlabuh di Pelabuhan Klang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel