Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Para guru berharap lebih bantuan untuk sekolah pedalaman


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KUCHING, 16 Mei (Bernama) – Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, seorang pengetua sekolah menzahirkan harapan agar kerajaan memberikan lebih fokus kepada pembangunan di sekolah pedalaman dari segi kemudahan dan pengangkutan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab di sini Kanil Ali Hassan berkata, beliau berharap usaha Kementerian Pendidikan untuk membangunkan sekolah-sekolah agama di kawasan pedalaman terus dirancakkan.

“Sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai guru, saya masih melihat keperluan bagi pihak kerajaan untuk terus membuat penilaian dan penambahbaikan dari aspek infrastruktur bangunan.

"Berdasarkan pengalaman saya mengajar di SMKA Igan dulu, kemudahan asas seperti air juga masih perlu dipertingkatkan,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Guru di SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab hari ini. 

Kemudahan berkenaan termasuk asrama tempat tinggal yang lengkap serta pengangkutan untuk memudahkan para pelajar menyertai pertandingan peringkat luar dari kawasan berkenaan. 

Selain itu, guru penolong kanan kokorikulum, Annur Kiprawi, berkata sekolah agama ini mampu bersaing dalam acara sukan peringkat kebangsaaan sebaris dengan sekolah sukan yang lain.

Walaupun bepusatkan pendidikan keagamaan, namun sekolah ini menitikberatkan kokurikulum bagi memudahkan pelajar menyertai pertandingan luar, katanya mengenai pencapaian SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

“Melihat keadaan ini, kami tetap cekal dan tabah untuk mendidik anak bangsa demi menjalankan taggungjawab yang diamanahkan untuk membantu membangunkan para pelajar, terutamanya di sekolah pedalaman," katanya.

Bertemakan “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”, sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan disambut dengan meriah di seluruh negeri hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

PLUS nasihat pengguna l/raya terutama motosikal jangan guna lorong kecemasan

 
     

Warga emas Darul Hanan teruja dapat rasai bubur lambuk resepi istana

 
     

Sindiket pemerdagangan manusia tumpas, enam termasuk tiga anggota polis ditahan

 
     

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel