Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut motosikal rempuh lori


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 23.5 Lebuhraya MEX (Maju Expressway) di sini hari ini.

Muhammad Zaki Ahmad, 42, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kejadian itu berlaku pada 6.15 pagi tadi ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke Putrajaya.

“Lori itu berhenti di lorong kecemasan kerana tayarnya pancit,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel