Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MATRADE pergiat promosi di pasaran baharu


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan merancakkan promosi produk di pasaran baharu dan pada masa sama memperluaskannya ke pasaran tradisional dan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata MATRADE juga berhasrat mempelbagaikan produk eksport tradisional negara termasuk komponen elektrik dan elektronik dan peranti penjagaan kesihatan dan perubatan.

Bercakap kepada pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan MATRADE di sini, hari ini, beliau berkata Malaysia ketika ini mempunyai perabot dan sarung tangan getah sebagai produk eksport tradisional.

Mengulas prestasi ekonomi negara yang berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, Wan Latiff menjangka eksport yang lebih baik di masa depan dengan unjuran asas bagi ekonomi Malaysia berkembang antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus pada tahun ini.

“Kami mengakui, pada suku pertama, prestasi Februari adalah kurang memberangsangkan berikutan minggu yang singkat dan cuti panjang dan kami perlu meningkatkan prestasi bagi menangani masalah itu,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel