Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Co-op City dirancang dibangunkan di Pilin, Rembau


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





PORT DICKSON, 17 Mei (Bernama) -- Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Bhd merancang untuk membangunkan Co-op City atau Bandaraya Koperasi di kawasan bersebelahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau di Pilin, Rembau.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Co-op City itu akan dibangunkan di kawasan seluas 34.83 hektar tanah milik Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Bhd.

"Pembangunan Co-op City akan merangkumi taman perumahan, apartmen, rumah kedai dan sebagainya. Oleh kerana kawasan itu berhampiran UiTM, pihak koperasi akan berbincang dengan UiTM mengenai keperluannya seperti perumahan dan sebagainya.

"Secara kasar pelan projek itu sudah ada tetapi pihak koperasi tidak mendedahkannya lagi. Projek ini sedang dirancang dan jika  menjadi kenyataan, ia merupakan Co-op City yang pertama kali diperkenalkan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian menaik taraf surau Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Bukit Pelandok dekat sini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Md Fiah Md Jamin, Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Bhd Datuk Aliasak Ambia dan Guru Besar SK Kampung Sawah Noor Asharudin Hamzah.

Katanya dengan adanya Co-op City ia akan merancakkan pembangunan di kawasan tersebut.

Ketika berucap pada majlis itu, Aminuddin meminta semua pihak untuk membendung gejala penyalahgunaan dadah di kampung mereka.

"Kita tidak hendak dadah datang ke kampung kita. Saya minta semua kepimpinan kampung dan polis bekerjasama untuk mencegah kes-kes penyalahgunaan dadah secara lebih holistik. Kita hendak pastikan agar arahan yang diberikan kepada pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung dapat dilaksanakan untuk mengatasi hal ini.

Sementara itu, kos menaik taraf surau SK Kampung Sawah yang dibiayai sepenuhnya oleh Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Bhd melibatkan RM13,000.

Pada majlis itu seramai 45 orang murid asnaf sekolah itu menerima sumbangan zakat RM100 setiap seorang.

-- BERNAMA     


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel