Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Thistle rai 60 anak yatim pada majlis berbuka puasa


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





PORT DICKSON, 17 Mei (Bernama) -- Kira-kira 60 anak yatim dari Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Piatu Islam Port Dickson diraikan Thistle Hotel pada majlis berbuka puasa di sini, malam ini.

Kesemua mereka yang berumur tujuh hingga 16 tahun termasuk lapan penjaga dijamu dengan pelbagai juadah berbuka puasa masakan diketuai Chef Azlin Osman.

Program berbuka puasa berkenaan antara tanggungjawab korporat hotel berkenaan dan ia telah memasuki tahun ketiga penganjurannya.

Pada majlis berkenaan, Pengurus Besar Thistle Hotel, Eusebius Samm turut menyampaikan sumbangan barangan dan duit raya kepada kesemua mereka.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada kumpulan Ochestra Eccentric.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Kehormat yayasan Mokhtar Ibrahim.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel