Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada pembekuan pekerja asing, hanya penolakan permohonan


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia menafikan berlakunya pembekuan pengambilan pekerja asing ke Malaysia sebaliknya ia penolakan permohonan disebabkan ketidakpatuhan majikan terhadap undang-undang perburuhan yang ditetapkan kerajaan. 

Kementerian dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius dan komited untuk memastikan pematuhan berterusan oleh pihak majikan ke atas setiap garis panduan dan undang-undang perburuhan yang dikuatkuasakan dalam usaha mengurangkan amalan buruh paksa di negara ini. 

Sepanjang dua tahun lepas, sebanyak 4,434 majikan dari sub-sektor restoran telah membuat permohonan untuk menggaji pekerja asing melalui Sistem ePPAx di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), dan daripada jumlah itu hanya 1,407 permohonan melibatkan 8,552 pekerja asing disokong, kata kenyataan itu.

“ Sehingga April 2019 pula, sebanyak 796 permohonan menggajikan pekerja asing diterima. Daripada jumlah tersebut sebanyak 216 permohonan yang melibatkan 1,840 pekerja asing telah disokong dan 580 permohonan telah ditolak.

“ Daripada jumlah (yang ditolak) itu, 517 permohonan disebabkan majikan gagal mematuhi undang-undang perburuhan dan baki 63 disebabkan majikan tidak mempunyai kelayakan untuk menggajikan pekerja asing,” menurut kenyataan itu.

Katanya rata-rata penolakan permohonan disebabkan pelanggaran undang-undang perburuhan seperti Akta Kerja 1955, Akta Perundingan Gaji Negara 2011 dan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966. 

"Selain aspek perundangan pihak JTKSM juga melihat kepada kemudahan perumahan yang disediakan dan sekiranya gagal menyediakan kemudahan perumahan yang sesuai kepada pekerja sedia ada, permohonan mereka tidak akan disokong sehingga majikan membuat penambahbaikan," katanya.. 

Menurut kenyataan tersebut, dari 2017 hingga 2018, sebanyak 95 kertas siasatan telah dibuka ke atas syarikat-syarikat sub-sektor restoran kerana telah melakukan pelanggaran undang-undang perburuhan negara. 

"Sebanyak 32 syarikat didakwa di mahkamah manakala selebihnya telah dikompaun. Untuk 2019 sahaja, sebanyak 23 kertas siasatan dibuka dengan tiga didakwa dan 13 lagi dikompaun," kata kenyataan itu. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel