Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan air di Bera 21 Mei


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KUANTAN, 18 Mei (Bernama) -- Sebanyak 6,000 pemilik akaun di Bera akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula 7 pagi pada 21 Mei ini.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gangguan itu ekoran kerja penyambungan paip baharu bagi projek menaik taraf jalan di daerah tersebut. 

Kawasan yang terlibat ialah Pekan Mengkarak, Taman Tong Ah, Taman Tualang, Taman Tualang Jaya, Taman Berlian, Perumahan Flat Mengkarak, Kampung Belenggu, Kampung Durian Tawar, Kampung Tok Tangguk dan Kampung Caruk Tok Kuning. 

Turut terjejas ialah Kampung Kuala Triang, Kampung Bukit  Bukit Gemuruh, Kampung Batu Papan, Kampung Bohor, Kampung Iman Sulong, Kampung Lubuk Lian, Kampung Paya Serai, Kampung Bukit Keledang, Kampung Lubuk Ayam dan kawasan sekitarnya. 

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999 jika mempunyai pertanyaan. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel