Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad maut dalam kemalangan di Pattani, Thailand, hari ini.

Kemalangan yang melibatkan kereta Toyota Estima dinaiki mereka pada pukul 10.30 pagi ini turut menyebabkan suami pengasas produk kecantikan itu, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Iqbar Hakim Ahmad Shah Rizal menerusi akaun Instagramnya pagi ini.

"Saya baru kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan kemalangan, sekarang saya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung. 

"Kepada semua kalau boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada mommy saya Faziani Rohban Ahmad. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," katanya.

Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani.

Faziani, 40, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutama di Pantai Timur.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel