Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

45 pelajar TKC kurang berkemampuan terima sumbangan hari raya


Tarikh kemaskini: 18/05/2019




SEREMBAN, 18 Mei (Bernama) -- Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah (Malay Girls College/Tunku Kurshiah College Old Girls Association: MGC/TKC OGA) menyampaikan sumbangan hari raya sebanyak RM81,000 kepada 45 pelajar TKC yang kurang berkemampuan. 

Selain itu, kesemua pelajar berkenaan turut menerima sumbangan RM200 daripada Allianz Malaysia Berhad (AMB) untuk membeli kelengkapan hari raya di pasaraya Mydin, Seremban 2.

Pengerusi AMB merangkap Presiden MGC/TKC OGA Tan Sri Datuk Dr Rafiah Salim berkata setiap pelajar menerima RM1,800 yang mana RM1,600 telah dimasukkan ke dalam akaun pelajar manakala RM200 diberikan secara tunai hari ini. 

“Sumbangan ini kita berikan kepada pelajar dari tingkatan satu hingga lima yang terdiri daripada pelajar yang betul-betul kurang berkemampuan dan kita telah jalankan program ini sejak 10 tahun yang lepas.

“Kita bantu sebab kita mahu mereka menikmati suasana hari raya dengan penuh bermakna selain mahu mereka beri fokus kepada pelajaran tanpa melibatkan perkara lain yang menggganggu pembelajaran mereka. 

“Manakala sumbangan dari AMB pula merupakan kali kedua yang mana pada tahun lepas kita berikan sebanyak RM150 kepada 61 pelajar TKC yang juga kurang berkemampuan tetapi tahun ini kita beri RM200 melihat kepada peningkatan harga barangan,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan di sini, hari ini. 

Tambah Dr Rafiah dengan sumbangan dari MGC-TKC OGA itu diharap ia dapat dikongsi bersama keluarga para pelajar yang menerima sumbangan tersebut.

Sementara itu, salah seorang pelajar .... berkata sumbangan itu akan digunakan sebaik mungkin termasuk untuk membeli kuih raya dan baju raya untuk keluarganya. 

“Selain itu, saya juga harap duit baki daripada perbelanjaan itu dapat disimpan seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel