Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan hilang sejak Isnin lepas ditemui selamat di perairan Miri


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





BINTULU, 18 Mei (Bernama) -- Nelayan yang hilang sejak Isnin lepas telah ditemui selamat di perairan Kuala Sibuti, Miri pada jarak 65 batu nautika dari perairan Bintulu pukul 8.15 pagi ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata, Aziz Jaffar Atahar, 69, dari Kampung Sebuan Kecil Bintulu telah dijumpai nelayan lain yang turut serta dalam operasi di kawasan perairan Kuala Sibuti, Miri. Mereka kemudiannya membawa mangsa bersama botnya ke Kuala Sibuti.

"Siasatan awal mendapati enjin bot mangsa telah mengalami kerosakan dan telah dihanyutkan kira-kira 55 batu nautika dari lokasi terakhir mangsa disyaki hilang pada 13 Mei lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa telah dibawa ke jeti polis marin Kampung Jepak oleh Maritim Miri untuk diserahkan kepada keluarga, katanya.

Aziz dilaporkan telah keluar ke laut berseorangan pukul 7.30 malam ,13 Mei lepas untuk memancing ikan tetapi tidak pulang dan disyaki hilang di sekitar perairan muara Batang Kemena, Bintulu.

Operasi mencari serta menyelamat telah dilancarkan pada Khamis lepas melibatkan Maritim Bintulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Polis Marin.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel