Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hayati mesej penting tema sambutan pesta kaamatan - Christina Liew


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





TAWAU, 18 Mei (Bernama) -- Rakyat Sabah perlu menghayati mesej penting di sebalik tema sambutan perayaan Pesta Kaamatan pada tahun ini, iaitu Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya Bangsa.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata tema itu mengingatkan rakyat negeri ini bahawa warisan budaya itu penting dijaga kerana menerusi program kebudayaan ianya dapat memupuk perpaduan rakyat di negeri ini.

"Misalnya Pesta Kaamatan ini memberi peluang kepada masyarakat lain untuk mengenali, memahami dan menghargai adat serta budaya suku kaum Kadazan dan Dusun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tawau di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Christina berkata Pesta Kaamatan antara perayaan yang ditunggu-tunggu rakyat dan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong pada sambutan pesta itu bukti bahawa perayaan ini menjadi wadah kepada perpaduan serta semangat persaudaraan.

Beliau turut mengingatkan semua masyarakat memainkan peranan mempertahankan keharmonian yang dikecapi negara selama ini supaya warisan serta pembangunan berkesinambungan dan terpelihara.

Sementara itu, Christina turut memuji komitmen dan penglibatan sektor swasta serta korporat dalam menaja, selain mempromosikan program kebudayaan di negeri ini.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel