Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

HPP minta waris tuntut mayat warga emas


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





GEORGE TOWN, 18 Mei (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari waris seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia pada 4 Mei lepas yang mayatnya tidak dituntut sehingga hari ini.

Pengarah HPP Datuk Dr. Norsidah Ismail berkata Liew Kum Moon, 77, yang alamat terakhir di 27C, Jalan Padang Tembak di sini, meninggal dunia kira-kira pukul 3.03 petang kerana radang paru-paru.

"Mayat lelaki itu ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HPP kerana tiada anggota keluarga atau waris yang menuntutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anggota keluarga atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris mangsa boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam HPP di talian 04-2225941 untuk urusan pengebumian.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel