Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PKR buat laporan polis siasat ketua pengarah Yapeim


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta polis menyiasat Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Datuk Abibullah Samsudin susulan penyebaran video ucapan seorang lelaki didakwa mempengaruhi kakitangan yayasan itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata sekiranya benar individu di dalam video itu adalah Abibullah, polis wajar mengambil tindakan mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, berkaitan ugutan jenayah dan Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana pengaruh tidak wajar.

“Saya minta polis untuk menyiasat dan mengesahkan adakah benar individu dalam video berkenaan adalah Abibullah,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai menyeru polis menyiasat perkara itu dengan segera, kerana ia dipercayai melibatkan kedudukan, maruah dan martabat penjawat awam dan agensi Kerajaan.

Tular di media sosial baru-baru ini, yang memaparkan video seorang lelaki memberikan ucapan kepada kakitangan Yapeim, yang dipercayai bertujuan mempengaruhi mereka untuk tidak mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Laporan yang sama berhubung kejadian itu turut dibuat di Pulau Pinang dan polis sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel