Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu projek Taman Rimba Kiara akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Menteri WP


Tarikh kemaskini: 18/05/2019




PETALING JAYA, 18 Mei (Bernama) -- Isu mengenai kontroversi projek pembangunan di Taman Rimba Kiara (TRK), Taman Tun Dr Ismail (TTDI), akan diutarakan pada mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan yang akan datang, kata anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh hari ini.

Yeoh berkata, mesyuarat itu dijangka diadakan sebelum Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad membentangkan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.

“Yang paling terdekat ialah mesyuarat Majlis Menteri Wilayah untuk semua MP Kuala Lumpur dan Fahmi Fadzil (Anggota Parlimen Lembah Pantai) akan membawa perkara ini (projek pembangunan TRK) dalam mesyuarat berkenaan.

“Mesyuarat majlis ini akan diadakan sebelum mesyuarat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas Dialog Awam mengenai Taman Rimba Kiara’, di Dewan Komuniti TTDI di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Khalid berkata, keputusan mengenai projek pembangunan TRK akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet sama ada untuk memberi pampasan kepada pemaju atau diteruskan dalam skala kecil.

Khalid berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu membayar kira-kira RM150 juta kepada pemaju sekiranya projek itu dibatalkan dan ia suatu pembaziran terhadap dana awam.

Sementara itu, dilaporkan bahawa Yayasan Wilayah Persekutuan (YMP), pemilik berdaftar tanah berkenaan yang diperuntukkan untuk pembangunan di kawasan TRK, telah menjelaskan bahawa versi skala-kecil projek itu tidak akan mencerobohi ke sempadan taman awam.

Yeoh, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, bagaimanapun berkata walaupun idea itu untuk skala-kecil projek berkenaan, namun ia masih mencerobohi ke kawasan nadi hijau itu.

“Sebagai tindakan, saya mencadangkan dua penyelesaian iaitu melibatkan pembatalan dan bayar pampasan atau teruskan projek tetapi dalam lingkungan penduduk rumah panjang Taman Bukit Kiara. Jika kita (kerajaan) berkata tidak mampu untuk membayar pampasan, kita mahu situasi menang-menang (penyelesaian),” tambah beliau.

Yeoh juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar memberi perhatian serius terhadap hasil laporan itu nanti oleh Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) yang mendakwa bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempunyai kepentingan diri terhadap projek berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel