Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemergian Faziani kehilangan besar dunia perniagaan produk kecantikan negara


Tarikh kemaskini: 18/05/2019




KOTA BHARU, 18  Mei (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan menyifatkan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, satu kehilangan besar kepada industri perniagaan produk kecantikan negara, khususnya di Kelantan.

Yang Dipertuanya Mohd Ali Amin Abd Latif berkata pemergian usahawan terkenal secara mengejut itu, pastinya memberi kesan kepada semua pihak, terutama anggota keluarga dan usahawan jenama produk berkenaan di seluruh negara.

"Beliau antara usahawan Kelantan yang berjaya mengetengahkan produk kecantikan di negara ini. DPMM mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarganya atas pemergian arwah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Ali Amin berkata pihaknya akan menziarahi Allahyarham di kediamannya di Wakaf Baru hari ini, dan mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Faziani maut dalam kemalangan itu yang berlaku kira-kira 10.30 pagi, manakala suaminya Ahmad Shah Rizal pula cedera parah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel