Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

FamilyMart dapat sijil halal


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kira-kira 108 produk makanan sedia dimakan jenama FamilyMart kini didaftarkan halal, susulan pengendali dapur pusat khusus untuk kedai serbaneka berpangkalan di Jepun,  QL Kitchen Sdn Bhd, telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dua hari lepas.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia akan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan Islam untuk membeli hidangan sedia dimakan seperti onigiri, bento, sandwich dan produk bakeri, serta ais krim lembut yang ditawarkan kedai itu.

Senarainya akan ditambah berikutan FamilyMart akan terus membangunkan produk makanan dan minuman baharu untuk pelanggan sebagai sebahagian konsep kedai serbanekanya

Sijil halal itu diperoleh berkebetulan dengan pembukaan kedai ke-100 FamilyMart Malaysia di Jonker Street, Melaka. Ia merupakan kedai pertama dibuka di negeri itu dan yang kesembilan di luar Lembah Klang.

Lapan lagi kedai di luar Lembah Klang terletak di Johor.

QL Resources merupakan pemegang perjanjian kawasan francais bagi kedai serbaneka FamilyMart di Malaysia menerusi Maxincome Resources.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel