Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

CR Proton X70 Charity Drive rai 30 anak yatim


Tarikh kemaskini: 18/05/2019




PORT DICKSON, 18 Mei (Bernama) -- Tiga puluh orang anak yatim daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson hari ini diraikan dalam program Community Relation (CR) Proton X70 Charity Drive.

Kesemua mereka diberi peluang merasai pengalaman menaiki 19 kenderaan Proton X70 dan berbuka puasa di Grand Arena Automotive Sdn Bhd. 

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Port Dickson (PPD) Mohd Asri Sarbun berkata program anjuran PPD dengan kerjasama Grand Arena Automotive Sdn Bhd itu dilaksanakan bagi meringankan bebanan, memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti.

"Aktiviti ini amat digalakkan untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima dan hubungan komuniti juga merupakan suatu aktiviti yang penting untuk memupuk suasana muhibah antara komuniti dan warga PPD, Grand Arena Automotive Sdn Bhd dan kelab pemilik Proton X70 Negeri Sembilan.

Saya juga dimaklumkan ada pemilik Proton X70 dari Johor Bahru, Rawang dan Kuantan menyertai kita pada hari ini, ia secara tidak langsung menunjukkan program ini berjaya menarik minat pemilik Proton X70 dari negeri-negeri lain juga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian program CR Proton X70 Charity Drive di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Jualan Grand Arena Automotive Sdn Bhd Jimmy Ng Hou Sze berkata program ini juga secara langsung mendekatkan mereka dengan golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan juga agensi-agensi yang sentiasa berkhidmat kepada masyarakat seperti anggota bomba dan penyelamat.

"Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel