Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suspek kes bunuh ketua jururawat masuk Malaysia guna pas pelancong - polis


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Suspek utama lelaki Nigeria, yang ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat, Siti Kharina Mohd Kamarudin dikatakan mengenali wanita itu melalui media sosial pada tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC, Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan mendapati lelaki yang merupakan suspek utama kes itu datang ke Malaysia awal Januari lepas dan mereka pernah berjumpa.

“Dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan pelancong sejak Januari lepas… dia telah menetap lebih masa di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, polis masih menyiasat butir-butir diri seorang wanita Nigeria dan seorang lelaki Pakistan yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Siti Kharina dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala dan semalam polis mengesahkan kematian Ketua Jururawat itu adalah akibat luka hirisan di leher.

Berikutan penemuan mayat wanita itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat dengan kes itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel