Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar asing cedera dalam kemalangan libat enam kenderaan


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Seorang pelajar kolej dari Yemen cedera parah dalam pelanggaran melibatkan enam buah kenderaan di hadapan lampu isyarat di Jalan Genting Klang, di sini awal hari ini.

Pelajar lelaki berusia 26-tahun itu memandu kereta Hyundai dari Ampang menuju ke Danau Kota, bila kenderaannya berlanggar dengan sebuah Toyota Hilux dipandu oleh seorang mekanik dari arah bertentangan pada 3.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata kedua-dua kenderaan itu tidak berhenti di lampu isyarat mengakibatkan pelanggaran dan kedua-duanya berpusing.

“Kereta yang dipandu mekanik menggelunsur ke laluan sebelah dan melanggar empat motosikal yang berhenti di lampu isyarat.   

“Beliau tidak cedera sementara pelajar berkenaan cedera parah di kepala, dua pemandu motosikal dalam kemalangan itu cedera di tangan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zulkefly berkata mangsa mendakwa lampu isyarat rosak, dan polis sedang menyiasat.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel