Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ismail Sabri lepas jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





SHAH ALAM, 18 Mei (Bernama) -- Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang dipegangnya sejak hampir setahun, berkuatkuasa 1 Mei lepas.

Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah memanggil Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Selangor pada 5 April lepas yang melibatkan ketua bahagian serta ketua sayap dan mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu, pada 1 Mei.

Katanya, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan akan memangku tugas pengerusi, sehingga ia diumumkan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden Dato Seri Mohamad Hasan.

"Insya Allah nama berkenaan dijangka akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel