Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buka puasa di Iftar@Kuala Lumpur jadi rutin - pengunjung


Tarikh kemaskini: 18/05/2019




KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Sudah menjadi rutin bagi Mohd Iqbal Rahim, 29, datang bersama rakan-rakannya jika berkelapangan untuk berbuka puasa di Dataran Merdeka setiap tahun sempena program Iftar@Kuala Lumpur .

Kakitangan awam yang bekerja di Gombak itu berkata program berbuka puasa secara beramai-ramai itu bukan sahaja bagus tetapi turut membantu terutamanya mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli makanan.

Beliau berkata juadah yang disediakan secara percuma itu juga sekali gus menerbitkan rasa kebersamaan kepada orang yang berpuasa.

"Kalau rasa nak makan lebih, boleh beli di trak makanan berdekatan. Tapi bagi saya hidangan yang diberikan pun sudah memadai," katanya pada Bernama sebelum berbuka puasa di program Iftar@Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka, di sini hari ini. 

Program yang sudah memasuki tahun kelapan penganjurannya itu menyasarkan kira-kira 90,000 warga kota termasuk pelancong asing tahun ini. 

Pelaksanaan program itu mencatat seramai 66,839 pengunjung tahun lepas, termasuk 6,882 pelancong asing yang turut sama dalam acara berkenaan.

Program yang berlangsung sepanjang Ramadan tahun ini dijadual sebanyak enam kali, setiap Sabtu dan Ahad pada 11, 12, 18, 19, 25 dan 26 Mei, berhadapan bangunan Panggung Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel