Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan guru bantu siasatan kes cabul,liwat di Lawas


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





LAWAS, 19 Mei (Bernama) -- Seorang guru telah ditahan polis untuk membantu siasatan kes gangguan seksual serta liwat membabitkan lima murid lelaki di sebuah sekolah rendah di sini pada tahun 2016.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan di Balai Polis Karamunsing,Kota Kinabalu Sabah pukul 7.30 malam semalam.

"Suspek bertugas di Lawas sejak Jan 2012 hingga sekarang," katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil menyatakan lima pelajar yang menjadi mangsa kini berumur 13 hingga 15 tahun dan kes disiasat di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Abang Zainal berkata, laporan polis telah dibuat pukul 12.01 tengah hari semalam setelah kegiatan suspek tersebut terbongkar pada Sabtu lepas (11 Mei) apabila salah seorang mangsa yang kini bersekolah di sebuah sekolah menengah memberitahu tindakan suspek terhadap dirinya serta empat mangsa lain kepada guru lain.

"Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lawas untuk membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat hari ini," katanya lagi sambil menambah mangsa mendakwa diraba kemaluan dan diliwat oleh suspek pada tahun 2016.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel