Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

200 anak yatim siapkan kad raya untuk Kasih Malaysia


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Dua ratus anak yatim menyiapkan dua keping kad Aidilfitri khas yang ditujukan kepada  Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia).

Dua keping kad raya berukuran satu meter kali satu meter itu disampaikan oleh dua orang wakil  anak yatim  berkenaan kepada Timbalan Pengerusi Kasih Malaysia Datin Seri Shamshida Taharin yang juga isteri Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini. 

Kad raya berkenaan disiapkan oleh 200 anak yatim dari 12 rumah anak yatim sekitar Lembah Kelang, Selangor dan Simpang Renggam yang tiba di masjid berkenaan sejak 3 petang. 

Antara ucapan yang dituliskan dalam kad itu ialah Selamat Hari Raya Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.

Shamshida ketika ditemui pemberita berkata beliau tersentuh dengan kad raya yang diterima dan akan menunjukkan kad itu kepada Pengerusi Kasih Malaysia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selepas ini.

Pada majlis yang sama, Shamshida turut menyampaikan Kit Kasih daripada Kasih Malaysia yang mengandungi kuih raya, duit raya dan kelengkapan Aidilfitri yang lain kepada 200 kanak-kanak berkenaan.

Kasih Malaysia turut meraikan kanak-kanak berkenaan dalam majlis berbuka puasa di masjid yang sama.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel