Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Post mortem Bazar Ramadan Jalan Raja lepas raya - Khalid


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan sesi 'post-mortem’ berhubung pelaksanaan bazar Ramadan baharu di Jalan Raja, Dataran Merdeka, di sini, selepas Aidilfitri, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk melakukan penilaian terhadap perkara berbangkit termasuk aspek kelemahan, masalah, cadangan penambahbaikan dan aduan peniaga yang berpindah dari tapak lama di lorong Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

"Kita dengar berita mengatakan tapak baharu bazar tersebut tidak ramai yang datang, tetapi semalam saya nampak bazar tersebut dibanjiri ramai pengunjung sehingga orang ramai sukar untuk berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada 1,750 penerima golongan asnaf Wilayah Persekutuan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai, di sini, hari ini.

Terdahulu pada majlis anjuran pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Khalid turut menyempurnakan penyerahan sebuah van jenazah kepada Pusat Tahfiz Al- Madrasathul Faridiyah sumbangan Maha Mas Medic Services Sdn Bhd.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel