Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semarakkan perpaduan Perlis-Sabah, titah Raja Muda Perlis


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





TAWAU, 20 Mei (Bernama) -- Bersempena lawatan kerja Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Sabah, baginda berharap perpaduan tanpa sempadan antara masyarakat di negeri di bawah bayu itu dan Perlis dapat disemarakkan.

“Hubungan sesama anggota keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat perlu dipelihara agar wujud masyarakat harmoni berbilang agama, kaum, budaya dan adat resam. Hubungan ini harus dikembangkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sebelum berbuka puasa dengan penduduk Kampung Merotai di Masjid Hidayatul Iman semalam.

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin yang pertama kali ke kampung itu disambut oleh Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brig Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah dan kira-kira 500 penduduk kampung.

Baginda berharap lawatan ini akan dapat menjadi pengikat tali persahabatan antara dua negeri yang jauh.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada imam masjid Kampung Merotai, Mohd Nasir Saleh, 47, untuk membeli kelengkapan masjid dan bantuan makanan golongan asnaf.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel