Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Reman lima suspek kes tetak di pusat hiburan Ipoh


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





IPOH, 20 Mei (Bernama) -- Lima lelaki direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan antara dua kumpulan sehingga menyebabkan seorang maut di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohd Nordin Abdullah berkata, permohonan reman ke atas kelima-lima lelaki berumur 20-an hingga 30-an itu dibenarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar.

“Kelima-lima suspek ditahan di hadapan pusat hiburan berkenaan semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mohd Nordin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.00 pagi itu mangsa dikenali sebagai S.Kanakaran, 35, maut selepas mengalami cedera parah dipercayai akibat ditetak dengan parang.

“Siasatan awal mendapati ketika mangsa berhibur dan dipercayai sedang mabuk berlaku pergaduhan antara kedua-dua kumpulan di dalam pusat hiburan itu.

“Pergaduhan terbabit berlanjutan hingga ke luar pusat hiburan sebelum mangsa ditetak,” kata Mohd Nordin.

Mangsa kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel