zE-Q8eUSylU Air tangan Raja Permaisuri Agong untuk Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Air tangan Raja Permaisuri Agong untuk Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Ramadan tahun ini membawa kenangan indah bagi anak kebajikan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengunjungi penghuni rumah berkenaan.

Kunjungan Raja Permaisuri Agong bersama anakanda Tengku Puteri Jihan Azizah 'Atiyatullah diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong berbesar hati berkongsi air tangannya memasak bubur lambuk menggunakan resepi istimewa baginda sebagai juadah berbuka puasa untuk rumah perlindungan itu.

Baginda kemudian berangkat melawat kediaman rumah perlindungan itu yang menempatkan 117 kanak-kanak berbilang kaum yang kurang bernasib baik, berusia bawah 12 tahun.

Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan bantuan kepada 100 penerima daripada rumah kebajikan itu, sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB).

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zulkifli Ismail berkata kunjungan itu sememangnya dinantikan penghuni rumah itu dan kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.

"Kami merasa bersyukur kerana Raja Permaisuri Agong sudi untuk bertemu dengan anak ini dan kanak-kanak sangat teruja dapat bertemu Baginda. Raja Permaisuri Agong amat prihatin dan meluangkan masa yang lama di bilik bayi dan banyak berinteraksi dengan kanak-kanak di sini.

"Raja Permaisuri Agong turut memberikan nasihat dan pandangan kepada kami bagi mempertingkatkan perkhidmatan serta rancangan pada masa hadapan dari segi pendidikan dan kebajikan kerana bantuan pada peringkat awal penting agar mereka berjaya pada masa hadapan," katanya kepada Bernama.

Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah menempatkan anak yang kurang bernasib baik dari pelbagai latar belakang antaranya diabaikan, didera, dibuang, terlibat dengan aktiviti pengemisan serta perebutan hak penjagaan.

Mula beroperasi pada 1963, rumah kebajikan itu telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ketiga, Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail dan diwartakan sebagai tempat selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak di bawah Seksyen 54 Akata kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel