Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM rampas 2,636 karton rokok seludup bernilai RM388,986


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





KLANG, 20 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang merampas  2,636 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM388,986.33 termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di Batu Belah dan Batu Nilam, Klang dekat sini petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata dalam operasi pada kira-kira pukul 3 petang itu, anggota dari Unit Risikan Marin Pelabuhan Klang telah mengekori sebuah kenderaan yang dipandu oleh suspek lelaki berusia 46 tahun yang disyaki membawa rokok seludup di sekitar pekan Kapar.

"Pasukan ini telah mengekori kenderaan itu sehingga  ia berhenti di hadapan sebuah rumah di Batu Belah dan kemudian bertindak menahan suspek semasa hendak memasuki rumah itu."

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek, pihak kami telah menjumpai sebanyak 486 karton rokok  pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai, hasil pemeriksaan ke atas rumah berkenaan bagaimanapun tidak menjumpai sebarang rokok seludup," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya pihaknya kemudian bertindak menyoal-siasat suspek dan hasilnya telah membawa kepada serbuan kedua pada kira-kira pukul 4 petang di hari yang sama di sebuah rumah di Batu Nilam, Klang dan menemui sebanyak 2,150 karton rokok seludup pelbagai jenama.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rokok dan kenderaan yang dirampas dianggarkan bernilai RM413,986.33 termasuk cukai serta kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

 Menurutnya, kenderaan dan rokok yang dirampas kemudian telah dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang bagi siasatan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel