Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPS, PBT pertama sertai program KITAR3CYCLE


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





SEREMBAN, 20 Mei (Bernama) -- Barisan pengurusan dan warga kerja Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negeri ini menyertai program KITAR3CYCLE,  dalam usaha mendidik orang ramai menjadikan amalan kitar semula sebagai gaya hidup kini.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata program yang diperkenalkan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) itu dilaksanakan bermula bulan lepas  secara berperingkat sebelum diperluaskan kepada seluruh PBT di negeri ini.

Katanya,usaha sama sebegini dapat memberi impak positif dalam melestarikan alam sekitar serta mengelakkan pembaziran sumber ke tapak pelupusan.

"Melalui usaha sama ini dapat memberikan contoh terbaik kepada penduduk di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban untuk turut sama melaksanakan amalan kitar semula dengan menjadi ahli KITAR3CYCLE yang aktif sekaligus melestarikan alam sekitar demi generasi masa hadapan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) pada tahun 2017 menunjukkan penjanaan sisa pepejal di Malaysia telah melebihi 40,500 tan setiap hari dan secara purata menunjukkan bahawa setiap penduduk Malaysia menghasilkan sebanyak 800 gram hingga 1.5 kilogram sampah atau sisa pepejal sehari.

"Dijangkakan penghasilan sampah dan sisa pepejal ini akan terus meningkat berdasarkan gaya hidup penduduk. Justeru itu, program KITAR3CYCLE ini dapat membantu negara membentuk gaya hidup baru rakyat yang lebih prihatin terhadap sisa yang dijana setiap hari," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPS Datuk Zazali Salehudin berkata beliau amat mengambil serius mengenai isu kebersihan dan alam sekitar di bawah kawasan pentadbiran MPS.

Beliau mengingatkan masyarakat di Seremban untuk meningkatkan taraf budaya kehidupan yang lebih baik, teratur dan sistematik terutama dalam pengurusan sampah dan aktiviti kitar semula.

“Adalah tidak mustahil Seremban akan menjadi bandar yang mempunyai kadar tertinggi penduduk yang mengamalkan kitar semula apabila program ini dilaksanakan sepenuhnya secara berperingkat-peringkat,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel