Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPSB bantah garis panduan baharu industri sarang burung walit


Tarikh kemaskini: 20/05/2019




SEREMBAN, 20 Mei (Bernama) -- Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPSB) membantah penggunaan garis panduan baharu bagi industri sarang burung walit yang dilancarkan  di Pulau Pinang, minggu lalu.

Presidennya, Allen Tan berkata, Garis Panduan Seragam Sarang Burung Walit Mentah untuk Dagangan (G.A.R.U.D.A) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Usahawan Industri Desa itu boleh menjejaskan industri sarang burung di negara ini.

”Piawaian yang terkandung dalam garis panduan itu sangat ketat dan mustahil untuk dilaksanakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut mempertikaikan mengapa perlu diwujudkan garis panduan baharu sedangkan wujud garis panduan sedia ada.

Justeru, katanya, PPSB, yang mempunyai seramai 10,000 ahli termasuk di Pulau Pinang menolak garis panduan tersebut yang boleh  memberikan masalah lebih besar dalam pengeksportan sarang burung mentah.

Tan menjelaskan keperluan yang tertakluk dalam garis panduan itu tidak munasabah, antara lain, kandungan nitrit dalam sarang burung walit tidak melebihi 30 part per million (ppm) dan tahap kelembapan sarang burung walit dieksport tidak melebihi 11 peratus.

“Apabila ditetapkan kelembapan tidak melebihi 11 peratus, ia akan menyebabkan sarang tersebut menjadi rapuh dan mudah pecah sekali gus menjejaskan kualiti dan pengeluaran sarang burung itu,” katanya, sambil menjelaskan garis panduan sedia ada menetapkan tahap kelembapan tidak melebihi 15 peratus.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam masa terdekat ini bagi membincangkan serta mencari jalan penyelesaian mengenai isu tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel