Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota MPKK DUN Kadamaian akan ditambah - Ewon


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





KOTA BELUD, 20 Mei (Bernama) -- Anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan ditambah berdasarkan keperluan Satu Kampung Satu MPKK, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian berkata DUN Kadamaian ketika ini mempunyai 74 anggota MPKK yang telah menerima watikah pelantikan beberapa bulan lalu, dan pihaknya bersetuju untuk menambah lagi 18 anggota MPKK bagi kawasan berkenaan.

“Penambahan MPKK ini penting bagi memudahkan pengurusan dan melancarkan pelaksanaan pembangunan di kawasan itu memandangkan ada pengerusi MPKK di Sabah termasuk di Kadamaian yang menjaga sehingga tiga kampung,”’katanya berucap merasmikan Pesta Kaamatan Kampung Tamalang Taginambur di sini, hari ini.

Ewon berkata, semua pejabat daerah di seluruh Sabah telah mengenal pasti kampung yang perlu diwujudkan jawatan kuasa MPKK baharu, dan pihaknya akan membentangkan jumlah penambahan berkenaan kepada Kabinet negeri dalam masa terdekat.

Mengenai Pesta Kaamatan, Ewon berkata, perayaan itu akan terus memberi inspirasi dan kekuatan kepada rakyat negeri ini untuk terus bersatu padu seterusnya memantapkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan di peringkat kampung juga dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama antara penduduk kampung dan pemimpin masyarakat setempat, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel