PjsLYYYWmUM Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan berjumlah RM10.8 juta
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan berjumlah RM10.8 juta


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





SHAH ALAM, 20 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah kira-kira RM10.8 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini hari ini.

Baginda menerima bayaran zakat berkenaan masing-masing sebanyak RM4,414,826 dari Malaysia Airports Holdings Berhad, RM1,761,293.03 dari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Universiti MAHSA yang diwakili oleh Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah menunaikan zakat berjumlah RM1,320,000.

Turut membayar zakat perniagaan pada hari ini adalah Kumpulan Syarikat Rafulin Holdings Sdn Bhd berjumlah RM1,339,820, dan masing-masing RM1 juta dari Sime Darby Property dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Di majlis berkenaan juga, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan bantuan zakat berjumlah RM219,500 kepada 439 orang asnaf sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut awal bulan hadapan.

Kesemua mereka menerima bantuan wang zakat sebanyak RM500 setiap seorang.

Turut hadir mengiringi baginda Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel