Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir berbuka puasa bersama Kabinet, MB dan duta asing


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan majlis berbuka puasa bersama menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri serta duta asing ke Malaysia di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini, malam ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 160 orang tetamu itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pegawai kanan kerajaan, wakil syarikat berkaitan kerajaan dan wakil organisasi media.

Antara yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Industri Utama, Teresa Kok, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Turut kelihatan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang.

Selesai majlis berbuka puasa itu, Dr Mahathir turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Putra, Shamsul Bahari Dahlan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel