Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pihak tidak berkenaan tidak sepatutnya buat spekulasi siasatan Kementah


Tarikh kemaskini: 20/05/2019





KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pihak-pihak yang tidak berkaitan tidak sepatutnya membuat spekulasi terhadap sebarang isu yang sedang disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara seperti pembelian helikopter oleh Kementerian Pertahanan (Kementah)  kerana ia akan mengganggu proses siasatan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata jawatankuasa siasatan khas berkenaan yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang masih menjalankan siasatan terhadap isu-isu perolehan dan kewangan Kementah.

Mindef akan memanjangkan siasatan jawatankuasa itu berhubung isu ‘Land Swap’ kepada Kabinet sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya, katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel