Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganjur perarakan Gawai minta maaf tersalah cetak sepanduk


Tarikh kemaskini: 21/05/2019





SIBU, 21 Mei (Bernama) -- Ketua publisiti program  ‘Ngerandang Jalai Gawai’ di  Bintulu Sabtu lepas yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, memohon maaf atas kesilapan ejaan pada sepanduk salah satu kontinjen yang menyertai perarakan itu.

Johnny Chuat memberitahu Bernama beliau meminta maaf bagi pihak anggota jawatankuasa program dan mengaku akan kesilapan itu kerana sepanduk berkenaan dicetak di saat akhir.

“Sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan bahawa Dayak Bidayuh National Association (DBNA) telah meminta penganjur program memberi penjelasan mengenai kesilapan pada sepanduk persatuan itu.

Nama persatuan itu pada sepanduk telah ditulis sebagai ‘Dayak Bidayuh Nasional Union’, di mana pada pandangan DBNA ini  memberi maksud yang salah terhadap persatuan.

Gambar sepanduk itu telah viral dalam media sosial sehingga orang ramai menyangka ia sebuah entiti baharu atau DBNA telah menukar  namanya.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel