Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

24 barangan disenarai di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Hari Raya


Tarikh kemaskini: 21/05/2019





REMBAU, 21 Mei (Bernama) -- Sebanyak 24 jenis barang disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena Hari Raya Puasa (HRP) 2019. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata selain itu, tempoh penguatkuasaan SHMMP HRP 2019 juga akan dilanjutkan kepada 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini. 

“Sebanyak 24 jenis barangan telah ditetapkan sebagai SHMMP HRP 2019 yang telah dikawal harga maksimumnya di seluruh negeri ini bermula 21 Mei hingga 19 Jun ini, lanjutan tempoh penguatkuasaan juga dibuat bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Daripada jumlah barangan yang dikawal, terdapat enam pertambahan barangan yang terdiri daripada ikan segar beku kembung, ikan segar beku selar, ikan segar beku Selayang dan barangan kering seperti kacang panjang, kacang tanah dan cili kering,” katanya selepas melakukan pemeriksaan harga di sebuah pasaraya di Rembau di sini, hari ini. 

Selain itu, antara barangan yang terlibat iaitu ayam hidup, ayam standart, telur ayam gred A, B, C, tomato, daging lembu tempatan, daging kerbau import, bawang putih, bawang besar dan ubi kentang import, katanya. 

Veerapan berkata keputusan pemilihan barangan ini dibuat kerana pihak kementerian berpandangan barangan berkenaan adalah barangan yang menjadi permintaan tinggi pengguna pada setiap kali tibanya sambutan hari raya. 

“Penentuan harga maksimun pengeluar, borong dan runcit ini dibuat setelah mengambil kira kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan bagi memastikan harga yang berpatutan untuk manfaat pengguna dan peniaga. 

“Penentuan harga barangan bagi negeri-negeri dibuat berdasarkan kepada kesesuaian harga pasaran semasa setelah mengambil kira barangan import yang dipengaruhi harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak,” katanya. 

Justeru, Veerapan berkata para peniaga diminta mematuhi undang-undang berkenaan skim ini termasuk mempamerkan tanda harga pada barang kawalan. 

“Pengguna boleh salurkan sebarang aduan melalui aplikasi price catcher selain melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my atau whatsapp ke 0192794317,” katanya. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel