FCHIJJLPLWY Almarhum Sultan Ahmad Shah ketua perlembagaan UIAM pertama
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Almarhum Sultan Ahmad Shah ketua perlembagaan UIAM pertama


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah adalah Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pertama sejak penubuhan universiti itu pada 1983.

Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata Almarhum Sultan Ahmad Shah adalah tonggak utama UIAM dan kemangkatan baginda adalah kehilangan yang besar untuk warga institusi itu. 

"Seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia amat berdukacita dan sedih berkenaan dengan berita kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut mewakili warga UIAM menzahirkan sembah takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 8.50 pagi tadi. 

Almarhum Sultan Ahmad Shah, 88, adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-- BERNAMA
   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel