Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Melaka rafak sembah takziah kepada Kerabat Diraja Pahang


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





MELAKA, 22 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerabat Diraja Pahang dan seluruh rakyat negeri Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata ia merupakan satu kehilangan kerana Almarhum Baginda merupakan seorang pemimpin dan sultan yang berjiwa besar serta mudah mesra dengan rakyat jelata.

"Kita berasa kehilangan dan turut bersedih dengan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

"Almarhum baginda merupakan seorang pemimpin yang cukup baik dan kerap melawat kawasan penempatan orang asli dan rakyat yang harus diberi keutamaan. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum baginda," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.50 pagi tadi.

Baginda merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Baginda menyerahkan takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Jan lalu.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 24 Okt 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel