Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTHM mahu kuota sedia ada program matrikulasi dikekalkan


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





BATU PAHAT, 22 Mei (Bernama) -- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mahu kuota sedia ada untuk program matrikulasi dikekalkan bagi membolehkan pelajar-pelajar bumiputera memasuki institusi pengajian tinggi.

Naib Canselor UTHM Prof Dr Wahid Razzaly berkata sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi negara, UTHM akan sentiasa membantu negara mencapai agenda nasional iaitu memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi melalui wadah pendidikan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Beliau berkata warga universiti itu menyokong penuh pendirian kementerian yang ingin mengekalkan kuota kemasukan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Semua pihak perlu berbincang mencari persetujuan bersama bagi mengenalpasti laluan alternatif lain yang boleh menarik pelajar menceburi pendidikan yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengelakkan keciciran.

“Isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana terdapat beberapa laluan alternatif lain ke institut pengajian tinggi antaranya melalui program asasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan juga diploma,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Wahid, terkini UTHM dilantik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning) iaitu sebagai sebuah pusat yang menyaring kelayakan individu bekerja yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di mana-mana institut pengajian tinggi tempatan.

“Laluan ini memberi ruang dan peluang kepada individu bekerja yang tidak mengikuti sebarang program asasi atau matrikulasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel