Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir, isteri ziarah jenazah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini meluangkan masa menziarahi jenazah Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara, di sini.

Kenderaan rasmi perdana menteri diiringi peronda polis, dilihat memasuki perkarangan Pintu Satu Istana Negara kira-kira pukul 3.54 petang dan Dr Mahathir sempat melambai tangan kepada pengamal media yang sedang membuat liputan.

Turut kelihatan menziarahi jenazah adalah kerabat-kerabat diraja, pemimpin besar negeri, barisan menteri Kabinet dan pemimpin tertinggi kerajaan.

Jenazah Almarhum dijangka akan dibawa ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebelum diterbangkan menaiki sebuah pesawat khas ke Pangkalan Udara Kuantan dan dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang, untuk dimakamkan di Makam Diraja Pekan selepas solat Zohor esok.

Almarhum Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel