Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi bersepadu kesan warga Afrika lakukan jenayah - polis


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Polis akan melakukan operasi bersepadu di kawasan pangsapuri Desa Aman Puri, Kepong dalam waktu terdekat bagi mengesan warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata operasi tersebut sedang disusun bersama agensi lain seperti Jabatan Imigresen bagi memastikan ia berjalan lancar.

“Buat masa ini kita sedang mengumpul maklumat menerusi proses pemantauan dan risikan yang dilakukan di kawasan terbabit. Operasi ini turut melibatkan agensi lain kerana kita sedia maklum kawasan itu dipenuhi pendatang asing warga Afrika dan mereka ini dikenali dengan sifat yang gemar melawan.

“Oleh sebab itu, perancangan rapi dan ‘man power’(anggota) yang mencukupi diperlukan dan dalam masa yang sama pemantauan secara berkala akan terus dilakukan menerusi rondaan polis bermotosikal,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini tiada sebarang laporan diterima daripada penduduk berhubung sebarang kejadian jenayah di kawasan itu, bagaimanapun penduduk digesa membuat aduan jika berlaku sebarang kejadian jenayah dan kelakuan tidak bermoral di kawasan itu. 

Beberapa hari lalu, media melaporkan, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengarahkan tindakan segera diambil terhadap sekumpulan warga Afrika di Desa Aman Puri, Kepong yang menimbulkan masalah dan kekecohan di kawasan itu.

Ia berikutan maklum balas diterimanya ketika beliau turun sendiri meninjau kawasan berkenaan, baru-baru ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel