Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM430,000 diperuntukkan baik pulih, selenggara kemudahan di Parlimen Rasah


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





SEREMBAN, 22 Mei (Bernama) -- Sebanyak 22 projek baik pulih dan penyelenggaraan kemudahan sedia ada sekitar Parlimen Rasah melibatkan peruntukkan bernilai RM430,000 telah diluluskan kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perdana Menteri.

Anggota Parlimen Rasah, Cha Kee Chin berkata projek di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) itu melibatkan 14 sekolah, lima Tabika Perpaduan, dua balai raya dan sebuah pusat komuniti.

Katanya 10 daripada 22 projek berkenaan akan dilaksanakan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Setakat ini, kebanyakan projek yang diluluskan melibatkan institusi pendidikan dan saya percaya kerajaan begitu menitikberatkan prasarana terbaik kepada guru dan pelajar untuk proses pembelajaran.

"Ianya bersesuaian dengan anjakan taraf pendidikan khasnya sekolah rendah dan menengah," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Cha berkata ketika ini terdapat kira-kira 30 permohonan di bawah projek berkenaan yang masih dalam proses semakan dan lawatan tapak.

Katanya projek berkenaan akan diselia oleh agensi pelaksana melibatkan Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Seremban dan Pejabat Daerah Seremban.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel