Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rakyat yang boleh nilai prestasi menteri, bukan individu tertentu - Azmin


Tarikh kemaskini: 22/05/2019





KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Rakyat yang boleh menilai prestasi seorang menteri, menteri besar atau exco dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, bukan individu tertentu, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut menyatakan tidak berhasrat untuk merombak Kabinet yang walaupun sebahagian besarnya adalah muka baharu, namun tetap komited menjalankan tugas dengan baik dalam tempoh singkat. 

 "Jadi beri mereka peluang untuk laksakanan tugas. Yang penting pasukan hari ini pasukan muda yang bertenaga, yang berintegriti dan bersedia bekerja kuat membina semula Malaysia dan ekonomi kita.

"Soal diterima rakyat atau tidak, itu kita serah kepada rakyat tapi saya yakin rakyat telah melihat kesan positif setelah setahun kita diberikan amanah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Iftar Perdana dan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Dewan Undangan Negeri  Gombak Setia di sini hari ini. 

Mohamed Azmin mengulas kenyataan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin dalam blognya yang menyatakan bahawa menteri, menteri besar dan exco yang kurang menyerlah wajar meletak jawatan secara sukarela.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel