z6Z_-CvBpzI Peniaga patuh pada harga siling ditetapkan - Saifuddin Nasution
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga patuh pada harga siling ditetapkan - Saifuddin Nasution


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Para peniaga didapati bukan sahaja mematuhi harga siling yang ditetapkan semasa musim perayaan melalui inisiatif Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), malah ada yang menjual dengan harga yang lebih murah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keadaan tersebut dikesan semasa tinjauan kementeriannya.

“Kami lihat melalui inisiatif ini peniaga mampu kurangkan harga lebih murah, (ada yang) sehingga RM5 lebih murah daripada harga maksimum yang kami tetapkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran wajah baharu Pasaraya Giant di sini, hari ini.  

Sebanyak 27 jenis barang disenaraikan di bawah skim harga maksimum tersebut yang dilaksana bermula 21 Mei hingga 19 Jun meliputi Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Aidilfitri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

U Mobile peruntuk RM300 juta tingkatkan keupayaan 5G - CEO

 
     

Lim: Kerajaan PH sedang berusaha tingkat pertumbuhan ekonomi negara

 
     

Peniaga ingkar arahan penggunaan produk biodegradasi dikompaun

 
     

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel