Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Kuala Kedah tahan bot tangguk siput di Yan


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





ALOR SETAR, 23 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah hari ini menahan sebuah 'bot tangguk siput' di perairan Pulau Bunting, Yan kerana melanggar syarat lesen.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata pihaknya menerima aduan pada 1 pagi tadi sebelum mengesan bot berkenaan 15 minit kemudian dan berjaya menahannya pada 2.30 pagi.

"Bot ditahan pada jarak 0.3 batu nautika tenggara Pulau Bunting dan hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut telah melakukan kesalahan kerana memiliki peralatan yang tidak dilesenkan iaitu tangguk tunda siput (sangkar besi).

"Bot berkenaan turut melanggar syarat lesen kerana beroperasi di luar waktu yang ditetapkan. Jabatan Perikanan hanya membenarkan mereka beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mahmad Faizal berkata pihaknya turut menahan empat lelaki warga tempatan berumur 18 hingga 40 tahun yang bekerja di atas bot terbabit.

"Turut dirampas ialah satu set sangkar besi dari bot terbabit yang dianggarkan bernilai RM3,000 sebelum membawanya ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel