Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JSJN Kedah tahan 34 penagih dadah


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





ALOR SETAR, 23 Mei (Bernama) -- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah menahan 34 individu yang disyaki penagih dadah dalam serbuan di sekitar Alor Setar, Kulim dan Baling, semalam.

Ketua JSJN Kedah, Supt Helmi Aris berkata dalam serbuan bermula 12 tengah hari sehingga 8.00 malam itu,  lapan penagih ditahan di Keda 13, Pokok Sena ketika asyik menghisap dadah, manakala di ladang kelapa sawit di Padang Serai, Kulim pula sembilan orang ditangkap.

Beliau berkata dalam tangkapan di Kulim, empat daripada mereka didapati memiliki dadah.

“Dalam serbuan di sarang penagihan dadah di Kuala Ketil, Baling seramai 17 orang ditahan, tujuh penagih dan 10 memiliki dadah.

“Kesemua mereka yang berumur antara 20 hingga 50 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952, Seksyen15(1) ADB 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel