Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DBKL ambil alih pengurusan Pusat Komuniti Bukit Damansara -Yeoh


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pusat Komuniti Bukit Damansara yang diuruskan oleh pihak swasta sebelum ini telah dikembalikan semula kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkuatkuasa 1 April lepas. 

Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata pusat komuniti yang dibina sejak lebih 10 tahun itu pada asalnya milik DBKL sebelum pengurusannya diserah kepada sebuah syarikat swasta pada tahun 2015. 

"DBKL telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan syarikat swasta itu untuk menguruskan pusat komuniti itu yang kemudiannya ditukar nama sebagai 'Dewan D'Lavender'. 

"Sepatutnya tempoh pengurusan itu berakhir pada 31 Dis ini tetapi setelah rayuan daripada penduduk dan perbincangan dengan Datuk Bandar (Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan), akhirnya tempoh pengurusan itu ditamatkan pada 31 Mac lepas dan diserah kembali kepada DBKL," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Beliau berkata kadar sewa perkhidmatan bagi pusat komuniti itu juga akan diturunkan mengikut kadar yang diselaraskan oleh DBKL. 

"Sebelum ini, kadar sewa untuk majlis perkahwinan ataupun majlis-majlis 'private' ialah RM3,500 sehari namun kadar baharu yang ditetapkan oleh DBKL telah diturunkan kepada hanya RM1,500 sahaja sehari. 

"Selain itu, kadar sewa untuk gelanggang badminton turut diturunkan daripada RM24 sejam kepada hanya RM8 sahaja sejam, ia secara tidak langsung meringankan beban penduduk di sekitarnya,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Harun berkata orang ramai kini boleh menempah penggunaan dewan secara online di http://appsys.dbkl.gov.my/kl-spef mulai 11 Jun. 

"Bagaimanapun oleh kerana DBKL baru mengambil alih pengurusan, buat masa ini kami hanya boleh menerima tempahan secara manual menerusi kaunter dengan pegawai DBKL di pusat komuniti itu," katanya. 

Timbalan Pengerusi Persatuan Pemilik-pemilik Rumah Bukit Damansar, Datuk Zakaria Hashim berkata pihaknya bersyukur kerana permintaan mereka terhadap DBKL untuk mengambil semula pengurusan itu ditunaikan. 

"Sebelum ini penduduk terpaksa membayar harga yang mahal untuk menggunakan perkhidmatan di pusat komuniti ini dan diharapkan dengan pengurusan DBKL, ia dapat merakyatkan semula pusat komuniti ini dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel